BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 10 September 2009

~Memories in Yogjakarta~

~BATIK PEKALONGAN~


The uniqueness of CANDI BOROBODUR

~Me at Istana Kratong~



Ahad, 12 Julai 2009

SUMBANGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM MEMACU PERKEMBANGAN EKONOMI DAN TEKNOLOGI SESEBUAH NEGARA

ARIZA BINTI DAENG
M20081000017
FAKULTI PENDIDIKAN SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(GURU SENIREKA MRSM BENTONG)




Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek penting dalam sistem pendidikan negara. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan berjiwa estetik. Justeru itu kurikulum pendidikan seni Visual telah dirangka sebaik-baiknya bagi memenuhi matlamat bagi melahirkan golongan pekerja mahir dan separa mahir dalam semua sektor dengan mempunyai kemahiran seni visual yang dapat membantu pembangunan sektor-sektor pembuatan, pendidikan dan perkhidmatan di negara Malaysia.

Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada sektor industri pembuatan dan perkhidmatan yang akan memberi signifikasi nilai dalam prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK ) sesebuah negara. Kekuatan ekonomi bagi sesebuah negara juga berkait rapat juga dengan aspek seni visual dalam memacu perkembangan beberapa sektor ekonomi seperti pembuatan dan perkhidmatan kerana elemen seni visual sering kali menjadi elemen penting dalam menggerak pertumbuhan sektor-sektor tersebut. Kebanyakan industri pembuatan seperti automotif, peralatan elektronik, textile, komponen binaan, fesyen, perabot, perisin ICT dan sebagainya, aspek seni visual menjadi faktor penentu utama dalam memacu daya maju sesuatu produk laris di pasaran dan menjadi faktor penentu terhadap jumlah permintaan terhadap sesuatu produk.

Begitu juga dengan perkembangan sektor perkhidmatan seperti tekomunikasi, pengiklanan, perhotelan dan perlancongan, media cetak dan perubatan. Sumbangan seni visual adalah resepi utama dalam menarik minat pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan. Melalui Pengiklanan yang kreatif dan juga pemilihan motif-motif seni yang menarik, ia menjadi tarikan utama bagi menawan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bakal ditawarkan.

Sepertimana contoh di nagara Iran baru-baru ini penjualan kereta nasional nagara Proton Gen 2, mencatatkan jualan yang paling tinggi berbanding dengan model-model lain kereta proton di negara tersebut. Kereta proton Gen 2 amat popular di kalangan golongan muda-mudi Iran oleh kerana faktor visual rekabentuk luaran dan dalaman kereta Gen 2 yang amat menarik kerana ciri-ciri rekabentuknya yang bersifat “sporty”, elegan dan futurelistic ” disamping harganya yang amat berpatutan dalam kelasnya berbanding model kereta lain.

Faktor rekabentuk sesuatu produk merupakan elemen utama yang dapat mempengaruhi visual setiap orang. Justeru itu rekabentuk sesuatu produk mestilah dihasilkan oleh tenaga-tenaga mahir yang digelar “ product designer ‘ yang mempunyai daya imaginasi dan inspirasi yang tinggi, dimana mereka boleh mencipta sesuatu rekabentuk yang kreatif dan berinovasi. Rekaan yang kreatif dan inovatif hanya boleh dihasilkan oleh pereka-pereka yang mempunyai daya fikir imaginatif yang tinggi, dan seterusnya diilustrasikan pula melalui lakaran atau model dan seterusnya penghasilan produk akhir. Proses ini merupakan satu proses tranformasi yang manakjubkan di mana, dunia imaginasi seseorang disintesis melalui proses pencernaan idea kreatif dan inovatif yang konstruktif bagi menghasilkan objek/produk akhir ( “ from the world of imagination to the world of object”) yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia.

Kaedah yang paling berkesan bagi seseorang pereka untuk menggambarkan sesuatu rekebentuk yang berada dalam dunia imaginasinya adalah melalui lukisan / lakaran dan juga model “ The most recognizable method of exploring a design is to visualize it through sketching and modeling “. Membuat lakaran, lukisan dan model adalah satu aktiviti yang dilaksanakan dalam pengajaran dam pembelajaran subjek seni visual di sekolah-sekolah, jelas sekali disini kemahiran melukis dan melakar itu amat penting, ianya mneyumbang kepada kemajuan perekaan yang amat diperlukan oleh sesebuah negara untuk membangun dan bersaing di era globalisasi

“Visualize" atau menggambar begitu sinonim dengan subjek pendidikan seni Visual, dimana melalui subjek ini, imaginasi pelajar dapat dirangsangkan “ art stimulate imagination “. Imaginasi merupakan element yang sangat penting untuk merekacipta atu menghasilkan sesuatu rekaan. Albert Einstein ada mengatakan :
“ imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world”.

Teori pembelajaran yang diaplikasikan di dalam sistem pendidikan negara juga menekankan kepada teori kecerdasan pelbagai visualistik, di mana pelajar melukis sesuatu objek dan juga ilustrasi mental menggunakan media atau bahan baru. Di sini jelas menunjukkan subjek seni visual banyak mempraktikan kecerdasan ini, sekaligus menyumbang kepada lahirnya individu yang berfikiran kreatif dan inovatif. Sumbangan hasil kerja kreatif dan inovatif individu-individu ini bakal memberikan sumbangan yang amat ketara dalam pertumbuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan sesebuah negara.


Di Negara kita Malaysia, Perkembangan sektor Rekabentuk Industri yang mana pendidikan seni visual menjadi tulang belakang utama memacu pertumbuhan sektor tersebut masih kurang memberangsangkan berbanding pertumbuhan sektor yang sama di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan Jepun. Kebanyakan rekabentuk industri memainkan peranan hanya dalam sektor ekonomi tempatan seperti tekstil iaitu batik dan fabrik moden kotemporari, sektor kraf dan barangan cenderahati, pengiklanan, seni bina, pembuatan seperti produk pengguna, perabot dan juga industri automotif negara. Walau bagaimanapun, jumlah pertumbuhan dan juga sambutan masyarakat dalam mengemilangkan sektor rekabentuk visual amat mengecewakan. Pertumbuhan yang perlahan ini boleh diukur dengan jumlah isipadu industri (iaitu jumlah rekabentuk yang terhasil setahun) dan juga jumlah perolehan serta bajet yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga sektor swasta bagi menyokong kesinambungan perkembangan mapan sektor rekabentuk industri.

Kalau kita melihat perkembangan rekabentuk industri di negara Korea Selatan, sambutan masyarakat dan juga pemain industri utama dalam sektor ini amat bermakna sekali. Kerana pentingnya sektor rekabentuk industri terhadap pertumbuhan industri pembuatan yang berasaskan barangan pengguna, automotif, senibina dan industri perkhidmatan seperti telekomunikasi, pelancongan, media, Kerajaan Korea Selatan menggerakkan Pertumbuhan Sektor Rekabentuk Industri bagi memacu ekonomi negara tersebut dengan mengadakan suatu acara peringkat nasional dan antarabangsa iaitu Seoul Design Festival (SDF) bermula tahun 2002 bagi menarik minat masyarakat terhadap rekabentuk industri dan juga mengukuhkan kedudukan pendidikan seni visual sebagai satu wadah nasional bagi memastikan pertumbuhan mapan ekonomi Korea Selatan.


SDF atau Lebih dikenali sebagai Seoul Design Festival ini dimulakan pada tahun 2002 dan kekal menjadi acara tahunan setiap tahun. Seoul Design Festival ini diadakan juga di kota-kota eropah dan asia seperti London, Berlin, Milan dan juga Tokyo kerana ia adalah Platfom penting bagi menghimpunkan perekabentuk di seluruh dunia dan juga hasil kerja mereka untuk dipersembahkan kepada pengunjung bagi membuktikan betapa berkesannya dan pentingnya seni visual dalam memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Seoul yang merupakan kota bagi gergasi industri seperti Samsung, LG, Hyundai dan Daewoo memainkan peranan penting dalam Evolusi Pantas perkembangan produk barangan pengguna, benar-benar memanfaatkan kepentingan seni visual dalam penghasilan produk-produk baru yang mempunyai kepelbagaian rekabentuk barangan yang semestinya menjadi daya penarik pengguna untuk membeli barangan buatannya. Bukti kukuh evolusi seni yang dicetuskan oleh perekabentuk dapat dilihat kepada daya-saing produk yang cemerlang menguasai industri alatan elektronik seperti telefon celular dan juga gadget ICT yang amat mendapat respon luar biasa pelanggan.

Jika kita melihat betapa faktor seni visual dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan sektor industri pembuatan seperti telefon celular dan gadget ICT, hampir setiap bulan pelbagai model dan rekabentuk baru telefon celular dan gadget ICT dikeluarkan bagi menarik minat pengguna membelinya. Dengan adanya daya saing yang amat agresif dalam rekabentuk barangan industri ini, maka semestinya, kita perlu sedar akan kepentingan dan sumbangan bermakna seni visual dalam memberikan nilai tambah dalam anjakan positif pertumbuhan ekonomi ini dan juga dapat membangunkan sesebuah bandar sebagai hub rekabentuk dunia. Pada tahun 2007, Majlis Antarabangsa Persatuan Rekabentuk Industri telah memilih Seoul sebagai Bandaraya Rekabentuk Dunia 2010 bagi mempromosi penggunaan rekabentuk yang terbaik bagi memperkasakan pembangunan bandar-bandar besar di seluruh dunia dari segi pembangunan sosial, ekonomi dan kebudayaan. Datuk Bandar Seoul, Mayor Se-Hoon Oh, menegaskan dalam ucapan perasmian Seoul Design Festival bahawa “ Rekabentuk mempunyai kuasa bagi mengubah dunia, ia merupakan pemacu yang mana akan mencipta momentum bagi pembangunan ekonomi Seoul, dan sekarang, Seoul akan diiktiraf diseluruh pelusuk dunia kerana `rekabentuknya’ .

Sekiranya kita mengamati sejarah perkembangan teknologi Korea Selatan ini, ianya dilihat sebagai Gergasi Kedua Asia yang menguasai teknologi baru dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan juga pembuatan. Oleh yang demikian, jelaslah di sini betapa pentingnya pendidikan seni visual dalam Sistem Pendidikan sesebuah negara yang mana ia akan mendidik bakal-bakal professional dan teknokrat yang kreatif dan inovatif untuk berkhidmat di dalam sektor ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang mapan.

Lakaran Konsep adalah fasa yang amat penting dalam bidang kejuruteraan, senibina dan perubatan. Terdapat beberapa fasa dalam rekabentuk iaitu,
i. Mengenal Pasti Keperluan
ii. Pentakrifan Masalah
iii. Sintesis
iv. Analisis dan pengoptimaan
v. Penilaian
vi. Pembentangan


Dalam fasa mengenal pasti keperluan dan pentakrifan masalah, Lakaran Konsep memainkan peranan penting untuk berhubung antara perekabentuk, jurutera, arkitek dan juga professional lain seperti doktor ( untuk alatan bantuan perubatan) bagi mendapatkan kepastian berhubung barangan yang direkabentuk dan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah. Pada kebiasaannya bagi evolusi sesuatu barangan pengguna, alatan perubatan dan binaan bangunan, sesuatu konsep diterjemahkan melalui lakaran bagi menghasilkan kepastian terhadap sesuatu masalah. Dalam Kejuruteraan, teknik “Reversed Engineering” digunakan bagi mentakrifkan sesuatu masalah dan mungkin juga bagi menghasilkan teknologi baru untuk barangan tersebut.

Toyota Motor Corporation Limited seringkali menggunakan teknik Reversed Engineering bagi menghasilkan model baru kenderaan terutamanya apabila bersaing dengan pembuat lain seperti General Motor dan Ford (Amerika Syarikat), Roll Royce, BMW, Mercedes ( Eropah) dan Hyundai, Ssangyong (Korea Selatan). Sejarah telah terbukti, apabila Toyota Motor Corporation menghasilkan Model Kereta Lexus yang telah berjaya menarik minat pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat terhadap kereta Jepun. Kejayaan Signifikan ini menyebabkan Toyota Motor Corporation Ltd menjadi gergasi utama dalam ranking pembuat kereta dunia yang mendahului pembuat lain dalam pasaran. Sehingga kini, Toyota menduduki tempat 3 teratas dalam ranking dunia dari segi penguasaan pasaran berdasarkan Jumlah Keseluruhan Isipadu Industri ( Total Industrial Volume-TIV).

Semasa menghasilkan Model Lexus, hampir 6000 jurutera menjalankan kajian secara Bedah Siasat ( Reversed Engineering Forensic) kereta Mercedes dan BMW bagi melihat dan mengenalpasti keperluan dan teknologi yang terdapat dalam kereta jenama pembuat Eropah dan Amerika Syarikat. Di sini, amat terbukti bahawa lakaran konsep digunakan bagi menghasilkan chasis dan struktur badan kereta, enjin dan sistem transmisi, rekabentuk dalaman, sistem brek, ekzos dan juga sistem penyerap hentakan dan gantung. Hasilnya, pada hari ini Model Lexus menjadi model yang paling hebat dalam sejarah permotoran dalam kelasnya yang tersendiri dan mampu bersaing dengan Model Kereta lain seperti General Motor, BMW dan Mercedes.

Sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan seni visual dalam kehidupan manusia dan pembinaan tamadun manusia amat signifikan seiring dengan perkembangan sektor ekonomi sesuatu negara. Keruntuhan tamadun Rom pada sekitar kurun ke- 5 masihi yang mana menjadikan Penduduk Eropah mengharungi Zaman Gelap kerana kesan kurangnya pertumbuhan ekonomi di zaman tersebut. Pada kurun ke 15, berlaku perubahan signifikan ekonomi kerana perdagangan dan perusahaan lebih maju dengan wujudnya regim baru perdagangan menggunakan mata wang bagi menggantikan “sistem barter”. Dengan menggunakan mata wang sebagai instrumen kewangan dan urusan perdagangan, sektor perusahaan berasaskan sumber asli seperti perlombongan emas dan besi, benang, sutera dan pertanian secara bidang besar telah menyebabkan Renaissance berlaku dalam sejarah Eropah.

Renaissance telah dikesan berlaku di Italy pada kurun ke 15 dan 16 yang mana banyak melahirkan kumpulan pemikir, penulis, pelukis dan ahli muzik yang menyumbang kepada ekonomi global pada ketika itu. Kesan perkembangan utama yang berlaku adalah berkembangnya percapaian hebat dalam bidang seni visual yang dihasilkan dalam karya seni ukiran, seni arca, lukisan dan seni bina. Hasil seni yang terhasil pada zaman ini banyak menghasilkan tokoh ternama seperti Leonardo da Vinci, Michelangelo yang amat terkenal sebagai seorang ,artis, pemikir, arkitek dan pengukir yang menjadi kebanggaan masyarakat Eropah sehingga kini.

Kebanyakan hasil kerja seni yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci memberikan sumbangan besar dalam bidang seni, kejuruteraan, sosio-budaya dan juga perubatan. Salah satu Lakaran Leonardo da Vinci yang amat signifikan kepada teknologi perubatan adalah Lakaran Anatomi yang memperincikan struktur tubuh badan manusia. Semasa membuat Lakaran struktur badan tersebut, sebanyak 30 mayat manusia telah dibedah dan beliau membuat lakaran dan catatan yang begitu teliti bagi melakar tubuh manusia agar ianya menjadi komponen panduan penting dalam sektor perubatan.

Kepentingan seni visual amat penting sebagai alat fasilitatif bagi menjayakan R & D di peringkat universiti dan pengkomersialan hasil R & D tersebut. Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia telah menyatakan bahawa akan kepentingan inovasi serta kaitannya dengan R &D + C ( Research & Development and Comercialisation ) bagi sesebuah universiti sebagai pemacu utama perkembangan teknologi ummah. Peranan Inovasi dan R & D + C akan menjadi resipi utama ke arah pembangunan ekonomi berteraskan pengetahuan dan secara tidak langsung memperkasakan ekonomi ummah. Negara-negara maju telah membuktikan bahawa kekuatan teknologi, daya inovasi dan kreativiti yang dibangunkan sendiri dapat digunakan dan dikembangkan dengan lebih mudah berbanding dengan pergantungan kepada pihak asing menerusi pembayaran royalti atau yuran professional dan harta intelek yang lain.

Dalam Konteks sumbangan seni visual, semua kerja-kerja penyelidikan dan inovasi akan melibatkan pengilustrasian lakaran-lakaran konsep bagi membina jaringan dan komunikasi minda secara konstruktif dalam bidang R & D + C. Dalam konteks pembangunan Inovasi di Malaysia, kelemahan utama pembangunan secara holistik R & D +C adalah Dasar Pendidikan dan Latihan yang mana kita menghadapi kekurangan sumber manusia yang mempunyai kemahiran asas yang kompeten dalam seni visual yang menyebabkan banyak hasil R &D yang ditaja oleh kerajaan Malaysia melalui Geran R & D kurang menyumbang kepada pengkomersialan hasil R & D tersebut. Jika dilihat kepada 1041 hasil Inovasi UTM sehingga Disember 2008, hanya 3 hasil penyelidikan dalam bidang Industrial Design dihasilkan. Di-sini jelas menunjukkan bahawa kegagalan utama UTM menggerakkan kerja-kerja R & D dalam teknologi kejuruteraan dan seni bina adalah kerana kurangnya kemahiran seni visual dikalangan penuntut yang memasuki universiti tersebut bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan seni bina.

Selaras dengan Dasar Kerajaan terhadap budaya inovasi dan kemajuan sains dan teknologi dapat dilihat dalam RMK-9. Secara spesifik RMK9 akan memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi ( STI) sebagai pemacu utama dalam mempertingkatkan keupayaan negara untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan serta menggalakkan inovasi… pendekatan holistik akan diterima pakai bagi memperkukuhkan Sistem Inovasi Kebangsaan (NIS) untuk mempertingkatkan produktiviti dan daya saing. Oleh yang demikian, struktur pembelajaran Seni Visual perlu diperkukukah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan agar kita dapat melahirkan modal insan yang mempunyai asas seni visual yang berkesan dalam memacu sains, teknologi, inovasi dan kreativiti agar pergantungan negara terhadap saintis dan teknologi luar negara dapat diminimakan.

Kepentingan Seni Visual dalam membangunkan Industri Kereta Nasional amat mencabar pada hari ini kerana kita kekurangan golongan professional dalam bidang automotif dan industrial automotif designer. Dato Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, dalam pembentangan kertas kerja di Kongres Ekonomi Islam ke-3 pada 12 – 15 Januari 2008, menjelaskan bahawa Proton memulakan operasi pemasangan Component Knocked-Down pada tahun 1983 dan Model pertama Proton Saga dikeluarkan pada tahun 1985. Proton maju setapak pada tahun 1996, apabila Proton membuat pengambialihan Lotus Group kerana kekangan utama Proton dalam inovasi rekabentuk produk, R&D, enjin dan Tooling Manufacturing. Pada masa 13 tahun lampau, kita kekurangan tenaga kerja yang benar-benar mahir dalam aspek rekabentuk komponen dan rekabentuk Industri. Kebanyakan graduan lepasan UiTM dalam bidang "Industrial Design" banyak mendapat kerja di Proton untuk terlibat secara agresif dalam R & D Proton. Hasilnya pada hari ini, Proton menghasilkan sendiri modelnya seperti WAJA, Gen 2, Persona, SAGA (Base Line Model) dan yang terbaru MPV (Multi Purpose Vehicle) Proton Exora yang dilancarkan ke pasaran negara pada april 2009 dan mendapat sambutan besar-besaran oleh rakyat Malaysia

Kesimpulan

Sumbangan Pendidikan Seni Visual amat penting dalam perkembangan ekonomi dan teknologi. Walau bagaimanapun, Sains, Teknologi, Inovasi, Kreativiti dan Pengkomersialan tidak akan terhasil dengan optima sekiranya aspek kemahiran seni visual tidak diberikan penekanan yang khusus dan sewajarnya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia, perlu memperkasakan kurikulum pendidikan seni visual dalam sistem pendidikan rendah, menengah dan universiti bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai kemahiran asas yang signifikan dan kompeten agar, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial dapat dilaksanakan secara holistik.

















MEMPERKASAKAN PENGIKTIRAFAN MASYARAKAT MALAYSIA TERHADAP SENI VISUAL

Oleh
Ariza Binti Daeng
M 20081000017
Fakulti Pendidikan Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2009
Seni Visual memainkan peranan penting dalam membina ketamadunan sesuatu bangsa dan faktor penting kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam tahun 1990-an aspek pendidikan seni visual kurang mendapat sambutan dan pengiktirafan dari pada masyarakat kerana, dasar kerajaan Malaysia yang lebih menumpukan pendidikan modal insan yang mahir dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi kehendak pembangunan Industri Pembuatan negara.

Pada masa kini, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan seni visual dalam kehidupan manusia berada pada tahap minima. Pengiktirafan masyarakat terhadap hasil karya seni visual amat tidak memberangsangkan. Dalam Rancangan Malaysia ke-8, kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 juta bagi rancangan pembangunan melalui Balai Seni Lukis Negara bagi tujuan meningkatkan identiti nasional dengan memperkukuhkan perpaduan negara, keharmonian dan integrasi kaum. Dalam rancangan Malaysia ke-8, perbelanjaan peruntukan kewangan lebih tertumpu kepada usaha untuk membangunkan produk dan juga perkhidmatan dalam seni visual bagi menyokong Industri Pelancongan Negara dalam usaha kerajaan bagi mempromosi Malaysia di Persada Dunia.
Dalam Rancangan Malaysia ke-9, pembangunan Seni Visual diberikan penekanan khusus di mana ia diharapkan dapat menyokong Misi Nasional dalam membangunkan Modal Insan kelas pertama yang bukan sahaja dijana untuk mempunyai kekuatan pengetahuan yang cemerlang tetapi menjana ekonomi negara secara kompetetif dengan menyeimbangkan faktor gunasama hubungkait rapat kekuatan nilai sains, teknologi dan nilai kekayaan budaya serta warisan yang masyarakat kita miliki.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah diberikan tanggungjawab untuk merangka strategi dan dasar bagi mengukuhkan Seni Visual agar ianya dihargai oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, dalam Rancangan Malaysia ke-8, Balai Seni Lukis Negara telah mengadakan sebanyak 142 Pameran yang dianjurkan mengikut tema, pertunjukkan dan tahap kreativiti yang berbeza. Sebanyak 866 500 pelawat direkodkan dalam 142 pameran yang diuruskan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Balai Seni Lukis Negara juga menganjurkan Laman Seni Kuala Lumpur yang menjadi Pasar Seni Bulanan yang mana telah menarik sekurang-kurang 2000 pengunjung yang mana telah meningkatkan penjualan hasil-hasil karya seni visual pelukis tempatan2.

Dalam Rancangan Malaysia ke-9, Prospek Polisi Pembangunan Sektor Seni Visual mendapat perhatian yang lebih serius oleh kerajaan. Peruntukan yang lebih besar iaitu RM 22 juta untuk memperkukuhkan aktiviti mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Seni Visual dalam pembangunan kapasiti negara bagi memastikan pembangunan berterusan dalam pembangunan seni visual.
Di bawah ini ditunjukkan perbandingan agihan peruntukan yang diterima oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam RMK8 dan RMK9.Perbezaan perbelanjaan di dalam RMK8 dan peruntukan pembangunan dalam RMK9 adalah merupakan usaha Kerajaan Persekutuan untuk membina Negara Malaysia ini secara seimbang dalam Sains, Teknologi, Seni dan Budaya.
Dalam Jadual 1.0 di atas, peruntukan yang diterima oleh Balai Seni Lukis Negara adalah RM 22 juta bagi Rancangan Malaysia ke-9 berbanding dengan RM 1 juta perbelanjaan yang dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia ke-8. Peruntukan yang lebih besar ini dibuat kerana kerajaan sedar bahawa Perkembangan Seni Visual amat penting dalam pembangunan Modal Insan dan Ekonomi negara. Ini kerana Malaysia kaya dengan sumber kreatif dalam seni visual, Kaligrafi Jawi dan Islam, dan pendidikan seni visual warisan dahulu kala yang menjadi tarikan utama golongan pelancong asing datang melawat Malaysia5.

Dengan adanya peruntukan yang lebih besar dalam RMK9, Balai Seni Lukis Negara dapat meningkatkan Program dan Juga Pameran terutama yang akan dibuat dalam tahun 2007 sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara dan Tahun Melawat Malaysia yang bakal meningkatkan dayamaju pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti perhotelan, pelancongan, persembahan kebudayaan, perfileman dan pengiklanan. Dalam pada itu, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan adalah merupakan Peruntukan Langsung yang diberikan bagi memastikan Kesinambungan Warisan dan Pengiktirafan Masyarakat terhadap Seni Visual.

Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan sejumlah peruntukkan kepada beberapa kementerian seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Penerangan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan bagi meningkatkan pengiktirafan Masyarakat terhadap Seni Visual.

Bagi membuktikan sokongan kerajaan secara serius dalam mengembangkan dan memastikan martabat Seni Visual dalam Masyarakat Malaysia, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 1/2006 yang mana mewajibkan semua anggota Perkhidmatan Awam memakai Baju Batik pada setiap Hari Bekerja 1 dan 15 Haribulan Setiap bulan. Bagi memperkasakan lagi Seni Visual dan Mengembangkan Industri Batik Negara, kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kedua Bil 1/2008 yang mana mewajibkan semua anggota Perkhidmatan Awam memakai Baju Batik pada setiap Hari Khamis. Langkah kerajaan yang memberikan penekanan pemakaian Batik pada hari bekerja dan juga Majlis Keraian Awam menunjukkan bahawa Kerajaan Amat Prihatin dalam memastikan Seni Visual dihargai dan diiktiraf sumbangannya terhadap pembangunan tamadun manusia di Malaysia seiring dengan kepantasan Perkembangan Sains dan Teknologi berasaskan ICT dan Kesan Langsung Globalisasi.

Prestasi Sektor Pelancongan Negara telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Sehingga Oktober 2008, sejumlah 16,329,855 pelancong asing direkodkan memasuki negara. Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak 4.4% dalam tempoh masa yang sama tahun lepas. Disebabkan kemasukan pelancong yang besar di negara ini, ia menunjukkan adalah wajar kesedaran masyarakat untuk bersama-sama kerajaan bagi menyokong dan mengangkat martabat Seni Visual yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi menjana pendapatan yang lumayan kepada rakyat Malaysia yang berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan PelancongOleh itu, sokongan semua pihak adalah diperlukan dalam memperkasakan Martabat Seni Visual di Malaysia. Pandangan Masyarakat sebelum ini yang memandang rendah dan jelek kepada hasil karya seni kreatif perlu ditangani secara bijaksana. Elliot Eisner (2002) telah menjelaskan bahawa:-
“The arts enable us to have experience we can have from no other source and through such experience to discover the range and variety of what we are capable of feeling.”

Di sini jelas menunjukkan bahawa, Seni Visual membantu kita untuk memperolehi sesuatu yang tidak dapat kita perolehi dari sesuatu sumber yang mungkin kita telah alami pengalamannya. Seiring dengan langkauan ilmiah dan kekangan kreativiti rakyat kita, Seni Visual perlu diperkasakan demi mewujudkan satu kesinambungan perjuangan bangsa kita memajukan negara yang tercinta.